Friday, 22 January 2016

bumbung

Bumbung
·      Untuk bumbung kayu curam, komponen boleh dibahagikan kepada :

1)      struktur bumbung
·      Biasanya mengandungi komponen :
a)   Plat dinding
b)   Kasau biasa dan pendek
c)    Kasau miring dan lurah
d)   Perabung
e)   Gelegar siling dan alang

2)   Tupang
·       Dikategorikan kepada 2 bahagian :
a)   Pitched roofs including ceiling joist
b)   Kerbs , bearers , and the like including plates , sleepers  and lintols

3)       penutup bumbung
·      Termasuk :
a)   Genting rabung miring , penutup khas
b)   Penebat haba
c)    Talang lurah

·      Terkandung dalam section L : Roofing
·      Penerangan termasuklah jenis , kualiti , saiz dan cara pemasangan genting dan jenis baten
·      Diukur dalam meter ( m)
·      Penebat haba untuk menahan haba (m2)
    (nyatakan jenis , ukuran pertindihan dan cara pemasangan)
  
4)   Papan cucur dan sisi atap
·      Mengandungi komponen :

a)   Papan tampang bawah cucur atap
b)   Papan tampang bawah sisi atap
c)    Tumpu kasau
d)   Tumpu sisi
·      Terkandung dalam Section M : Woodwork
·      Dikategorikan sebagai Boarding and Flooring
·      Diukur dalam 1 item (m) dan dinyatakan saiz

PENUTUP BUMBUNG
·      Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang kalis air. Bahan- bahan yang digunakan untuk membuat penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum, pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.
i. Genting Konkrit 
·      Genting konkrit diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan pigmen2 tambahan seperti pewarna.

·       Ia melalui proses pengeringan biasa (tanpa pembakaran) didalam suhu sekitar 60 darjah celcius.
·       Ia sangat kukuh boleh dihantar ketapak dan dipasangkan hanya beberapa hari sahaja selepas dikeringkan.
ii. Genting Tanah Liat
·      Genting tanah liat telah lama gigunakan sebagai penutup bumbung rumah. Genting tanah liat diperbuat daripada tanah liat dan dikeringkan melalui proses pembakaran. Genting jenis ini selain daripada memaparkan nilai estetik tetapi sangat tahan lama dan kurang kerja penyelenggaraan.
iii. Kepingan Bumbung Keluli
·      Kepingan bumbung Keluli biasanya diperbuat daripada zink (zincalume), aluminium atau campuran kedua-duanya




1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino Site – Lucky Club
    Harrah's Cherokee Casino is an luckyclub Indian gaming destination in Cherokee, North Carolina. It is owned and operated by Caesars Entertainment.Owner: Harrah's

    ReplyDelete