Friday, 22 January 2016

papan tanda (hoarding board)

Pengenalan

Papan tanda merupakan elemen penting dalam struktur jalan raya. Ia melibatkan sebahagian besar kos pembinaan. Ia mempunyai peranan yang besar kepada pengguna. Papan tanda meliputi berbagai fungsi termasuk papan tanda pengiklanan, pandu arah, penyampai maklumat atau lain-lain lagi.
Bagi pembinaan struktur papan tanda, ia mestilah mematuhi peraturan serta spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Semua keperluan bagi kaedah dan teknik pembinaan papan tanda ada dinyatakan secara terperinci di dalam piawaian tersebut.
Sebelum memulakan sesuatu kerja pembinaan struktur papan tanda, kontraktor pembinaan perlu menyediakan pelan perancangan kerja yang lengkap bagi melancarkan perjalanan kerja di tapak.


Peringkat Pembinaan

 Peringkat pembinaan struktur papan tanda pada asasnya boleh dibahagikan kepada 4 peringkat pembinaan iaitu:
            1. Penyediaan Tapak,
            2. Struktur Bawah,
            3. Struktur Atas dan,
            4. Kerja-kerja Luar.


Penyediaan Tapak

Sebelum aktiviti penyediaan tapak dilakukan, kerja penyiasatan tanah dilakukan bagi mendapatkan maklumat tanah sebenar berdasarkan. Maklumat tanah yang tepat diperlukan bagi menyediakan reka bentuk struktur papan tanda yang selamat dan ekonomi di samping memenuhi keperluan-keperluan sebelum sesuatu pembinaan dapat dijalankan.
Tujuan utama penyiasatan tanah adalah:
        Untuk menentukan urutan ketebalan dan keluasan sisi sesuatu lapisan tanah dan aras batuan dasar, sekiranya perlu
        Untuk memperolehi sampel-sampel yang mewakili tanah (dan batuan) untuk tujuan mengenal pasti dan pengelasan jika perlu, dan digunakan di dalam ujian makmal bagi menentukan parameter parameter tanah yang sesuai,
         Untuk mengenalpasti keadaan air bumi sesuatu lapisan tanah.


Pemilihan jenis asas atau penapak yang sesuai untuk sesuatu struktur papan tanda adalah berdasarkan keputusan ujian tanah yang sebenar.
Maklumat daripada hasil penyiasatan tanah diperlukan oleh jurutera reka bentuk struktur pembinaan papan tanda bagi menentukan beberapa perkara seperti:
        Kestabilan cerun dalam kerja-kerja membenteng (menahan atau menjermang tanah) dan dalam kerja-kerja korekan tanah.
         Keupayaan galas tanah dan enapan yang mungkin berlaku pada struktur penapak papan tanda.
         Tekanan tanah terhadap struktur penyokong papan tanda.
         Kesan daripada tindakan bahan kimia yang kuat di dalam tanah terhadap bahan binaan struktur penapak.
Struktur papan tanda yang kecil atau tidak piawai tidak memerlukan kerja penyiasatan tanah untuk menjimatkan kos, tetapi untuk pembinaan struktur papan tanda ,proses penyiasatan tanah mungkin melibatkan kos 1-5% daripada kos keseluruhan pembinaan struktur papan tanda.


Struktur Bawah

Struktur bawah pada papan tanda ialah termasuk semua bahagian struktur yang terletak di bawah aras permukaan tanah. Antaranya ialah asas (penapak), tunggul tiang, rasuk bumi dan lapisan teras.
Penapak berfungsi untuk memindahkan beban struktur kepada tanah di bawahnya. Umumnya, kestabilan sesuatu struktur bergantung kepada kestabilan penapak.
Saiz dan reka bentuk penapak adalah berdasarkan tegasan galas tanah daripada analisis keputusan penyiasatan tanah. Pertimbangan reka bentuk yang sewajarnya yang ditentukan oleh penguasa tempatan perlu dipatuhi bagi mengelakkan penapak daripada termendap atau terbenam serta boleh mengakibatkan kerosakan kepada struktur atas papan tanda.


Struktur Atas

Struktur atas meliputi semua komponen yang terletak di atas aras permukaan tanah. Setiap komponen direka bentuk mengikut keperluan dan fungsinya. Oleh itu, terdapat berbagai jenis pilihan reka bentuk bagi setiap komponen binaan. Pemilihan jenis reka bentuk dan kaedah binaan yang sesuai bagi setiap komponen adalah berdasarkan faktor-faktor seperti berikut:
i.                     Kos yang telah diperuntukkan
ii.                   Kepakaran pekerja
iii.                   Jangka masa penyiapan
iv.                  Bekalan bahan serta loji.



Kerja Luar

Kerja-kerja luar bagi proses pembinaan papan tanda adalah kerja luar secara am dikenali sebagai kerja-kerja kemasan. Bahagian ini tidak kurang penting bagi melengkapkan fungsi sesuatu struktur pembinaan, terutamanya pada papan tanda. Ini boleh memberikan pemandangan serta memberi keselesaan kepada pengguna .


     

4 comments: